Mar 2 2011

Keajaiban Kasih Sayang

SUDAH hampir seminggu anak-anak kita bersekolah. Pelbagai gelagat kita lihat ketika memulakan alam baru persekolahan; ada yang menangis, ketawa, tak kurang yang ibu ayah terpaksa menunggu di kelas demi ilmu dan kasih sayang. Tetapi, suasana sebegini semakin kurang kita temui sebab anak sudah matang dengan pendidikan prasekolah yang dilaluinya. Penulis sendiri masih teringat kenangan lama [...]

Jan 28 2011

Peranan Keluarga Terhadap Perkembangan Anak

Keluarga  memainkan peranan yang penting dalam perkembangan mental, emosi dan sosial kanak-kanak. Sesebuah keluarga yang stabil dan hidup aman damai membolehkan kanak-kanak berasa seronok tenteram dan selamat. Sebaliknya keluarga yang hidupnya bermasalah seperti kemiskinan, konflik di antara suami isteri dan ramai anak berkemungkinan buat sementara waktu akan menjejaskan kebahagiaan sesebuah keluarga. Dengan itu secara langsungnya [...]

Jan 21 2011

Pengaruh Televisyen Terhadap Disiplin Pelajar

Media massa khususnya media elektrik amat besar pengaruhnya   terhadap remaja hari ini. Semua stesen televisyen yang sedia ada diakui telah memainkan peranan dalam pembentukan nilai moral dan sosial. Walau bagaimanapun didapati kebanyakkan siaran atau rancangan yang ditayangkan cuba menyimpangkan penonton daripada arus penerapan nilai-nilai murni yang cuba digarap, dipupuk, dan disemai oleh kerajaan. Menurut komen [...]

Dec 17 2010

Disiplin Mengurus Kewangan

Pada zaman sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan. Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semua manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. [...]

Dec 17 2010

7 Disiplin Mengatasi Masalah Kewangan

Pelan kewangan keluarga  yang berkesan amat perlu supaya kita tidak menghadapi masalah di kemudian hari atau di saat-saat kita memerlukan kewangan disebabkan sebab-sebab yang tertentu. Langkah-langkah dalam perancangan kewangan yang berkesan boleh didapati melalui:- 1.         Pastikan Kewangan Kita Terurus Kita akan mendapati urusan kewangan keluarga menjadi lebih mudah jika kita menguruskan segala dokumen. Umpamanya, kita [...]

May 31 2010

HAK KANAK-KANAK

Pencabulan hak kanak-kanak bukan sekadar mendera, menyakiti atau mencederakan mereka. Ibu bapa yang memaksa anak belajar sehingga tiada masa bermain atau terbabit dalam aktiviti rekreasi juga sebenarnya secara tidak langsung mencabul hak kanak-kanak. Kehidupan seharian kebanyakan kanak-kanak: sekolah dari pagi hingga petang, malam pula ke kelas tambahan. Beginilah rutin setiap hari, lima hari seminggu. Bagi [...]

May 31 2010

APA PUNCA ANAK DERHAKA

            Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhirnya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk ke arah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.  Kata Tuan Ibrahim, “Kita boleh adakan cerita yang baik. [...]

Jan 26 2010

Disiplin Dalam Memberi Kasih Sayang

KASIH sayang memang memainkan peranan yang sangat penting dalam kelangsungan kehidupan harian kita. Tanpa kasih sayang hidup kita mungkin tidak akan bahagia dan aman. Perasaan kasih sayang menerbitkan perasaan hormat dan saling menghayati antara satu sama lain. Menurut Thesaurus kasih dan sayang itu mempunyai banyak sinonim, antaranya ialah cinta, sayang, bersahabat, cinta-mencintai, buah hati, menyayangi, [...]

Jan 23 2010

Kasih Sayang Dan Perhatian Untuk Disiplin Anak

Dunia penuh global ini menyebabkan perubahan dalam gaya hidup penghuninya. Ramai yang telah menggantikan kasih sayang dengan harta benda dan kemewahan. Pada anggapan mereka kemewahan dan kesenanagan itu akan membawa kebahagiaan kepada anggota keluarga. Malahan ada sebahagiaan menganggap kehadiran ibu bapa di dalam kehidupan akan menganggu privacy dan juga sebaliknya. Kasih sayang ialah cinta kasih [...]

Jan 20 2010

Disiplin Ada Dalam Diri Kita

Setiap ibu bapa inginkan anak yang dikatakan “pintar”, “cerdik”, “pandai” dan seumpamanya. Semuanya menjurus ka arah pembentukan sahsiah dan tingkah laku sempurna. Ibu bapa juga ingin menerap unsur kesucian, kebaikan dan kemuliaan dalam setiap minda anak cemerlang ini. Ini penting kerana anak yang cemerlang seharusnya mempunyai akhlak yang terbaik iaitu mulia dan beradab. Sebenarnya mencemerlangkan [...]