Jan 23 2009

Disiplin…Disiplin…Disiplin

DISIPLIN merupakan isu yang tidak pernah padam dibincangkan semenjak dahulu sehingga ke abad ini. Persoalannya mengapa? Mengapa ia tidak henti-henti diperkatakan sejak dahulu sedangkan ia dipandang lekeh dan dengan perasaan takut oleh ramai orang?

Kerana disiplinlah yang menyebabkan si miskin menjadi kaya, si kaya menjadi jutawan, si jutawan menjadi hartawan. Maka tidak hairanlah perkataan disiplin ini terus wujud dari dahulu hingga selamanya…

Pelbagai persepsi wujud apabila perkataan DISIPLIN disebut. Bagi pelajar; perkataan ini amat berat untuk disebut, seorang pekerja; mereka amat sensitif denganya, seorang guru; tidak pernah jemu bercakap tentangnya…

Apa itu DISIPLIN? Secara umumnya ialah peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Kamus Dewan mendefinisikan DISIPLIN sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri serta patuh kepada tatatertib.

Oleh itu, kita tidak dapat lari daripada perkataan DISIPLIN kerana peraturan dan tatatertib ini telah diatur dengan sempurna dalam kehidupan kita. DISIPLIN inilah yang akan membentuk keperibadian kita.

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog