Feb 2 2009

Disiplin Dalam Komunikasi Keluarga

Kebahagian merupakan sesuatu yang diidamkan oleh sebuah keluarga.Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada pasangan suami isteri. Suami yang soleh, amanah, bertanggungjawab, mempunyai sifat kasih sayang, kemesraan, pandai menjaga tutur kata, mengambil hati isteri dan boleh berkomunikasi yang baik merupakan faktor kebahagiaan rumah tangga.

Kebahagiaan sesebuah keluarga adakalanya terhalang kerana komunikasi pasangan terbabit.Komunikasi penting untuk mewujudkan sebuah keluarga cemerlang. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi bagi mencapai matlamat yang diinginkan.Menurut Hashim Ahmad (Berita Harian, 08hb.Ogos 2003) banyak sebab yang menjadi punca perselisihan dalam rumah tangga.Antaranya kerana mertua, jiran, teman-teman, lauk yang dilupakan masukkan garam atau air kopi yang terlupa dimasukkan gula namun ia dapat diatasi dengan kematangan pasangan atau suami isteri tersebut terutamanya suami dalam berkomunikasi.

Pelbagai kepentingan yang diperoleh apabila setiap pasangan dapat berkomunikasi dengan baik.Di antaranya ialah dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam.Pasangan suami atau isteri dapat menyatakan perasaan yang lahir dari hati masing-masing. Melalui berkomunikasi yang baik pasangan dapat menyirami rumah tangga dengan gurauan dan hiburan. Ini menyebabkan kehidupan keluarga merasa tenang dan bahagia. Apabila komunikasi berjalan lancar perhubungan keluarga menjadi bertambah erat, hidup dalam kerukunan dan kedamaian, tidak ada onak dan duri, jauh sekali dari ombak dan badai.Berbahagialah kehidupan pasangan komunikasi mereka yang cemerlang.

Cadangan untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi ialah :

  1. Elakkan dari mengutarakan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan.
  2. Memilih masa dan tempat untuk berbincang.Tempat itu mestilah tenang dan sunyi.
  3. Kenalpasti tidak ada gangguan semasa berkomunikasi.
  4. Memastikan pasangan berada dalam keadaan yang tenang dan bersedia untuk mendengar.
  5. Elakkan diri dari membaca fikiran pasangan.
  6. Elakkan dari berprasangka.
  7. Lakukan komunikasi secara ikhlas dan tulus hati

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog