Feb 2 2009

10 Rahsia Pembentuk Disiplin Anak-Anak

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:-

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci, yakni muslim). Kedua-dua orang tua-nyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi”

( Hadis Riwayat Bukhari ) .

Setiap ibu bapa seharusnya bersikap lebih positif, penyayang dan mengambil berat terhadap kebajikan anak-anak. Sikap positif yang perlu ada pada setiap ibu bapa dalam usaha mengekal dan mengembalikan disiplin anak-anak termasuklah :-

  1. Menjaga anak-anak sepanjang masa kerana ini adalah penting untuk pertumbuhan intelek,emosi, jasmani dan  rohani yang baik di kalangan anak-anak..
  2. Meluang dan memperuntukkan masa yang secukupnya bersama anak-anak untuk berbincang,menyelesaikan masalah, memberi nasihat dan teguran yang membina.
  3. Memberi galakan dalam sebarang kegiatan yang sihat yang dilakukan oleh anak-anak, Janganlah menyekat keinginan anak-anak untuk berusaha, berimaginasi,mencipta, membina,menjelajah dan lain-lain yang berfaedah.
  4. Mendidik anak-anak bertanggungjawab dengan memberi kerja-kerja rumah yang mudah sebagai latihan yang baik dan akan menjadikan mereka merasa diri mereka dihargai dan berguna.
  5. Memberi kebebasan yang terkawal untuk anak-anak menjalani liku-liku hidupnya sendiri dan berprasangka baik terhadap mereka.
  6. Sentiasa memberi pujian atas daya usaha mereka.
  7. Sentiasa memberi keyakinan kepada anak-anak dan tidak mengasingkan diri daripada mereka atau mengugut hendak memutuskan kasih sayang dengan anak-anak serta tidak membanding-bandingkan mereka.
  8. Menunjukkan teladan yang baik yang dapat dicontohi oleh anak-anak, dalam kehidupan harian.
  9. Memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dengan mengambil tahu segala yang mereka lakukan, siapakah teman-temannya, ke mana mereka pergi dan menghilangkan diri serta apa yang sering mereka lakukan pada masa lapang.
  10. Memberi seberapa banyak kasih sayang yang boleh. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan mengadakan suatu budaya yang sempurna dan ideal. Janganlah mengharap balasan daripada anak-anak terhadap apa yang telah disumbangkan kepada mereka. Didik menghormati orang yang lebih tua dan juga kedua-dua ibu bapanya.

Lebih banyak kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak, lebih banyak yang akan diterima nanti. Maka berilah anak-anak segala kasih sayang yang diperlukan kerana kasih sayang itu ikatan yang menghubungkan ibu bapa dengan anak-anak.

1 Comments on this post

Trackbacks

  1. Arts-Funding Site Gets ‘Kickstart’ From Business Bids | ubadapylin wrote:

    [...] vick mirena donald trump weather radar new york marathon lionel messi brewers This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink. ← Caton [...]

    June 2nd, 2011 at 11:52 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog