Aug 2 2010

Fahami Diriku Guru

Hari itu, aku melihat seorang anak yang berpakaian lusuh dan cukup kotor menuju rumah salah seorang temannya. Pakaiannya itu sebenarnya berwarna putih, tetapi menjadi kelabu dengan bintik-bintik hitam di beberapa sisi. Dia mengalas sebuah beg lusuh. Pada awalnya aku fikirkan ia ingin mengajak temannya bermain. Ternyata salah, dia memanggil temannya itu untuk pergi mengaji. Aku hairan dan bertanya kepada salah seorang jiran yang tahu tentang anak itu. “Ibu, kenapa pakaian anak itu kotor? Bukankah dia hendak pergi mengaji? Kenapa dia tidak mengganti pakaiannya?” Tanyaku. ”Itu memang pakaian mengajinya. Orang tuanya tidak mempedulikannya, maka, dia selalu berpenampilan demikian meskipun untuk pergi mengaji sekalipun. Selain kerana kurangnya perhatian, dia memang berasal dari keluarga kurang mampu.” Jawab Sang Ibu tersebut. ”Kasihan kita melihatnya.” Tambah Ibu itu lagi.

Aku bertanya lagi kepada Ibu itu mengenai anak tersebut. ”Ibu,.. Maaf, apakah Ibunya masih ada? Ayahnya? Bagaimana dengan saudaranya yang lain? Kakaknya? Dan rumahnya di mana? Ibu itu menjawab,”Ibunya masih ada. Ayahnya sudah tidak tinggal bersamanya kerana kedua orang tuanya bercerai. Dia itu anak tunggal. Jadi, sekarang dia hanya tinggal bertiga bersama Ibu dan neneknya di rumah sederhana yang juga hanya ada satu bilik”. Ya Allah…. Anak sekecil itu harus mendapatkan cubaan yang demikian? Dia hidup dalam kekurangan harta, lalu apakah dia juga harus hidup dalam kekurangan kasih sayang orang tuanya dan orang-orang sekitarnya? Pernahkah terfikir oleh kita bahawa di sekitar kita masih ramai anak-anak kecil yang memerlukan kasih sayang kita?

Ya, Tuhan,,, Melihatnya aku rasa takut…Aku takut jika sekarang, esok, atau sampai saat nanti ia hidup tanpa tahu bagaimana rasa kasih sayang sehingga ia menjadi anak yang tidak pandai menyayangi. Aku takut jika ia membesar menjadi anak yang selalu merasa rendah diri kerana kekurangan kasih sayang dan kerana tidak ada seorang pun yang menghargai serta mengambil tahu tentangnya. Ketakutan dan kesedihanku adalah ketika mereka enggan berkumpul bersama teman-teman sebaya yang mereka lihat jauh lebih baik dari mereka. Sungguh.. sungguh aku takut jika mereka menjauh dan merasa hina dibanding orang-orang kaya itu sementara sebenarnya mereka lebih mulia dari si kaya…Oh tuhan….Jangan biarkan rasa hina mengotori jiwa mereka. Tetap senangkan hatinya.

Adik-adikku.. anak-anakku… Kelak, jika anda melihatku datang, dekatlah padaku… Jangan pernah takut pada aku… Senyum dan melihat anda tertawa adalah kebahagiaan terbesarku…

Teman, seorang anak, meskipun bukan anak kandung kita, saudara kandung kita, atau pun keluarga terdekat kita, mereka tetaplah anak kita. Mereka anak kepada semua orang muslimin… Jangan hina mereka sekalipun ia terlihat tidak seperti layaknya seperti orang yang pandai. Mereka hanya perlu kepada perhatian kita.. Jikalau pun tidak mampu berbuat banyak, jangan pernah sakiti mereka dengan menunjukkan kebencian, cemuhan, atau pun rasa jijik terhadap mereka.. Bayangkanlah teman,, Betapa pilunya hati mereka ketika melihat kita menjauhi mereka…Astaghfirullah.. Astaghfirullahal”adziim…Jangan sampai kita membuat hati mereka sedih kemudian membuat mereka terisak menangis pilu di hatinya…

Allah swt Maha Ar-Rahman dan Ar-Rahim… Dan semoga sifatnya Allah tetap mekar di hati kita, bukan makin luntur dikikis oleh sifat yang dibisikkan oleh Syaitan..

Teman, maaf kalau bunyinya seperti membebel.. “AKU”  tidak bermaksud apa-apa. “AKU” hanya cuba menulis apa yang dilihat, didengar dan dirasa. “AKU” bukan orang yang baik, tetapi ingin menjadi baik. Dan “AKU” sedar bahawa memerlukan waktu yang lama untuk menjadikan “AKU” baik kerana begitu jauhnya “AKU” dari kebaikan itu.

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog